Make your own free website on Tripod.com
  Ringkasan Eksekutif  

______________________________________

PROJEK JAYA – GRADUAN BERDIKARI DAN BERJAYA PROGRAM GRADUAN MENGANGGUR) - Oleh Abdul Aziz Ibrahim

Tujuan

  • Graduan-graduan menganggur akan diberi:-

  • Pendedahan asas perancangan kewangan,

  • Pengetahuan pengurusan kredit,

  • Latihan dan pembelajaran praktikal sebagai “frontliners” serta pemahaman konsep risiko dan pulangan.

  • Jaminan pekerjaan sebagai profesional di dalam industri kewangan setelah lulus peperiksaan PCE(insuran) dan FMUTM(saham amanah),

  • Mengenalpasti minat dan kebolehan individu dalam sesuatu bidang dan melaksanakannya menerusi sistem mento-menti.

  • Kos pendaftaran dan peperiksaan-periksaan sebanyak RM800 seorang diperlukan daripada skim bantuan latihan kerajaan.

Pendahuluan

Jumlah perangkaan graduan menganggur sehingga September 2005 angkanya mencecah 80,000 orang. 

Kebanyakannya adalah bumiputera. Sehingga kini tiada strategi padu untuk menangani masalah ini. Satu kaedah baru diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah ini.

Modus Operandi Program 

Projek Jaya dipelopori oleh Sdra. Abd Aziz Bin Ibrahim CFP,18 tahun pengalaman di pelbagai sekotor, penulis buku “Lebuhraya Baru Kebebasan Kewangan-Jutawan Dari Bebanan Hutang”, juga seorang Penceramah Perancangan Kewangan bebas.  Beliau adalah seorang Pengurus Agensi bagi AmAssurance, Kumpulan AmBank serta Pengurus Kanan Konsultan di Apex Investment Services sebuah syarikat bursa saham dan pelaburan saham amanah Universal di ibunegara.  Menyediakan perkhidmatan industri kewangan setempat(one-stop centre of financial industry) khusus untuk individu(personal). Berpejabat di Damansara, Petaling Jaya,Selangor.  Beliau akan bertindak sebagai kepala mentor para peserta Projek Jaya.

KONSEP MENTOR-MENTEE

Berdasarkan kepada sistem multi level(MLM) yang sangat berjaya.  

Sistem ini akan berterusan dan digunapakai untuk graduan-graduan menganggur yang seterusnya.  Sistem “multi-level” ini bukan hanya memberi peluang kepada pesertanya meraut keuntungan bahkan juga menghidupkan “networking” dan berupaya membawa mereka meneroka bidang-bidang lain yang diminati.   

Sistem ini akan memastikan graduan-graduan menganggur bekerja. Mereka akan didedahkan sebenar-benarnya kepada dunia keusahawanan di samping latihan yang berbentuk “on-the-job training”.

Dalam system yang ada sekarang, system ini adalah seakan-akan system “incubator” ICT.  Bagaimanapun system ini berlainan kerana principalnya bukanlah berbentuk “one nite stand”, syarikat-syarikat korporat yang lain juga turut sama sebagai payungnya dan system ini berbentuk “micro” iaitu penglibatan individu secara langsung untuk kejayaan bersama.

LATIHAN DAN PENEROKAAN    

Mereka akan dilatih cara-cara “frontline” bekerja.  Selain daripada itu, mereka juga akan diberikan pendedahan awal di dalam perancangan kewangan dan pengurusan kredit. Di samping itu juga mereka akan didedahkan kepada konsep risiko dan pulangan.  Subjek ini tidak diajar di peringkat tertiari. 

Peserta-peserta akan didedahkan dengan konsep kecairan(leveraging)dan cara-cara membayar dan berhutang yang optimum.     

MODUL LATIHAN

Keseluruhan latihan-latihan di atas akan mengambil masa selama 3 hari dan dikendalikan oleh tenaga pengajar professional yang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing.  Lokasi kelas adalah di Kuala Lumpur.

KOS KEPADA KERAJAAN

Sebanyak RM600 termasuk kos peperiksaan, tenaga pengajar mahir dan peralatan.

FAEDAH KEPADA GRADUAN-GRADUAN MENGANGGUR

  • Peserta akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai “front-line” aktiviti.
  • Pekerjaan sebagai Eksekutif Kewangan diberi secara otomatik selepas mereka melepasi peperiksaan dan boleh dijadikan asas pengalaman pekerjaan.
  • Latihan dan pembelajaran para pengajar yang pakar dalam bidang masing-masing.
  • Networking diantara peserta-peserta kerana mereka berada di bawah satu payung.
  • Konsultansi yang berterusan dengan konsep mento-menti.
  • Program ini memberi peluang mengusahakan bidang-bidang yang diminati dan mengikut kesukaan mereka.
  • Menjamin pekerjaan di dalam industri kewangan dan peluang berpendapatan yang tiada had.
  • Pengetahuan asas perancangan kewangan.
  • Mengajar cara meminjam/bayar secara optimum.
  • Dengan jaminan peluang pekerjaan secara langsung menggerakkan ekonomi negara.
  • Penyertaan mereka ini akan mengurangkan masalah sosial dan budaya elepak serta sikap negatif.
  • “Anjakan paradigma” di mana idea-idea baru dan ilmu-imu baru yang bakal dipelajari.   

FAEDAH KEPADA KERAJAAN

  • Mengurangkan masalah graduan menganggur.
  • Memperbanyakkan jumlah penyertaan di dalam sektor kewangan negara.
  • Secara langsung menambah bilangan  bumiputera dalam sektor kewangan.
  • Menjana ekonomi secara terus yang perubahan dalam industri kewangan negara.
  • Secara langsung memberi peluang pekerjaan kepada graduan-graduan menganggur.
  • Mempertingkatkan imej kerajaan di mata rakyat.
  • Menjamin kawalan terhadap aktivti-aktiviti graduan menerusi konsep mentor-mentee.
  • Menerusi konsep mentor-mentee para graduan mengenal pasti minat dan kemahuan mereka sendiri.
  • Database bagi menyokong usaha kerajaan yang berkaitan.
  • Kerajaan berpendapatan menerusi cukai pendapatan dan memastikan pembayaran balik pinjaman pelajaran mereka khususnya.

PENUTUP/CADANGAN

Program ini adalah satu bentuk latihan dan jaminan pekerjaan berdasarkan kepada kaedah yang berlainan yang sukar ditemui.  Sehubungan dengan itu, program ini harus dilaksanakan demi kepentingan agama, bangsa dan Negara.

   

(C) 2005 NORMAN EMPIRE STUDIOS //CONDITIONS OF USE // PRIVACY POLICY